Showing posts with label tegur. Show all posts
Showing posts with label tegur. Show all posts

Saturday, January 14

cerita di sekolah:even asshole can be a leader

tahun terakhir guwa jejak kaki ke sekolah,memang tahun depan jangan harap guwa masuk form six guwa tanak.dan kali ni guwa nak cerita pasal sekolah lah,sejak jadi form five ni semua jawatan guwa nak,semua pangkat guwa nak dan guwa masih menyesal tak masuk sekolah science kat berang terengganu yang guwa dapat dulu time form four,menyesal bhaii menyesal,jadi buat adik-adik yang dapat tawaran pindah sekolah tu pergi lah,jangan tolak kalau takde halangan menghalang


dan kali ni guwa nak cerita pasal jawatan,ye guwa tahun ni ketua kelas,eh dulu guwa pengawas tahu,tapi guwa letak jawatan,sebab guwa tak suka,lepas tu cikgu ada panggil suruh jadi pengawas balik lepas tu siap cakap guwa boleh jadi ketua pengawas lagi,har har har tapi apakan daya,ada jugak sebahagian cikgu yang hasad dengki dengan guwa,last-last guwa tak jadi pengawas dah.guwa jadi manusia biasa.


hari tu time mesyuarat agung rumah sukan,guwa ada calon sorang member guwa dari kelas ketiga jadi ketua rumah sukan tu,lepas tu dia kene fight dengan ketua pengwas yang juga calon ketua rumah sukan tu.member guwa tu biasalah,budak kelas ketiga kan lawan dengan budak science stream,cecikgu mesti ah pilih ketua pengawas yang duduk kelas science stream tu.tapi masalahnya time undi tu budak kelas ketiga tu menang but cikgu still tanak bagi dia jadi ketua sebab dia budak kelas ketiga.guwa musykil betul mana pergi sistem demokrasi eh?cikgu cakap dia guna kuasa veto dia.jadi guwa rasa cikgu tu sama je dengan lima kuasa besar dunia ni yang duduk dalam PBB, takde beza nye lah cikgu dengan dorang tu kalau cikgu duk guna kuasa veto tu.


para guru semua tak yakin yang budak kelas ketiga tu takleh memimpin, eh kemon lah,kalau seseorang tu diberi tanggunjawab dia akan buat lah,guwa kenal dengan member guwa tu,bukannya guwa tak support budak science stream tu,tapi dia dah banyak jawatan,dah jadi ketua pengawas confirm nanti markah dia nak masuk universiti tinggi,dah budak kelas ketiga ni haram takde kan cikgu?macam mana masa depan dia nanti?cikgu fikir?kemon lah,sistem cikgu buat ni macam sistem kasta kot,murid kene gred kan lah apa lah,cikgu ingat budak kelas hujung tu takde perasaan ke?dorang pon nak jugak rasa pegang jawatan,nak jugak rasa masuk universiti nak jugak jadi anak ikan cecikgu kat sekolah tu,bukan semua nak duduk kelas belakang tu,tapi dah tu takdir dia,dah tu tahap yang depa mampu.


faham even asshole can be a leader?

even asshole can be a leader tahu cikgu!?


guwa dulu lepas berhenti jadi pengawas tu teruk jugak perangai guwa,tapi time pengawas dulu guwa baik sebab cikgu bagi guwa jawatan,bagi guwa tanggungjawab.dan sekarang guwa tak jadi asshole dah,guwa jadi dickhead xDDD

notakaki:seriously no offence lah cecikgu,guwa luahkan pandangan je,sesiapa mohon jangan terasa,guwa tak mention guwa punya sekolah.buat bebudak batch 95 goodluck SPM guwa ucapkan :D




Like kalau anda suka!

Thursday, January 5

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

oh tajuk entry ni macam celaka lah,guwa pon tak tahu nak letak tajuk apa,kalau lu orang terer teka ah maksud tajuk tu apa.


dah sebenarnya tajuk tu tak dak kaitan pon,entah lah sejak sekolah bukak ni guwa rasa nak pegang laptop pon malas sebab tahun ni guwa dah ASS PEE 'EM faham?bukan senang tahu lepas dua bulan otak guwa hibernasi tetibe bukak sekolah ni guwa terpaksa aktifkan balik neuron dalam kepala guwa ni.


oh ya guwa sebenarnya nak cakap sikit pasal bangsa melayu,ye sekali lagi pasal bangsa guwa sendiri,yela apa salahnya condemn bangsa sendiri sebab kebanyakkan dari kita pon dah macam tak sedar diri sekarang ni kan kan ?


klik untuk tumbesaran yang terbantut

okay yang cakap macam tu kat gambar tu terus terang melayu, apa celaka semua ni?ada lagi yang hidup macam kafir kat bumi mesia ni?bahasa kiasan UAI ni sangat tinggi untuk difahami terutama untuk golongan yang akal dia lebih kurang keldai macam kat atas ni,ye guwa cakap keldai bukan lembu,kang ada pulak yang hentam guwa.

baru je masuk 2012 dah macam-macam hal dah jadi,sampai mak guwa sendiri tak bagi guwa study sampai dapat 17A1 pasal apa pon tak tahu,ada ke patut dia risau nanti guwa pakai legging lubang2.

tak pon dia risau guwa kawen dengan laki, wattefak itu semua?lagi pon jangan risau, 2012 ni tak kiamat lah,guwa tengok meggi guwa expired 2013,kicap jalen mak guwa pon expired 2013,jadi takkan kiamat 2012 ni.











Like kalau anda suka!

Friday, December 30

nasihat balik untuk abang abang

dear abang abang yang berusia lingkungan 19-25 tahun,


kami makin lama makin nakal bukan sebab apa,tapi sebab kami belajar dari orang-orang yang lagi tua dari kami,yakni golongan abang-abang sekalian.kami sebagai adik adik ni hanya mencontohi apa yang abang-abang dan kakak-kakak tunjukkan tu je.


kami tahu abang-abang dan kakak-kakak ni dah hidup lama dari kami adik-adik ni,masa kami merangkak abang-abang dah pandai berlari malah siap merempit lagi,bukan tu je,abang-abang pon time tu dah kurang ajar sebab ketuk kepala kami,mentang-mentang lah kami kecik lagi tengah lap hingus,tu tak mampu membalas.


ye abang-abang,kami tahu dunia ni banyak problem,malah kami tahu yang 2012 ni nak kiamat mengikut teori konspirasi freemason.


untuk golongan abang-abang ni,adik nak cakap sikit je,kami mungkin ada makwe,mungkin sebahagian dari kami je yang buat perkara tak senonoh,tak mampu jaga anak dara orang*tu pon kalau ada dara lagi* lagi satu abang,kami golongan adik-adik ni tak boleh kawen lagi,tapi abang tu kan dah besar,kenapa tak kawen lagi?mas kahwin tu murah je kan,abang-abang dari buat dosa tu baik abang-abang kawen,kami adik-adik ni takboleh kawen lagi,tu lah buat dosa, oh ya pasal lisa surihani tu,abang-abang boleh berfikir secara matang tak?lisa tu satu je abang,dia manusia biasa,ada nafsu,takkan dia nak jaga hati semua lelaki dia tak boleh nak kahwin?kami golongan adik-adik ni tak minat lisa abang,najwa latif tetap di hati.


abang-abang,tak tahu ke kebanyakan mat rempit tu golongan abang-abang sebenarnya?golongan adik-adik ni main beskal je,apa yang beskal kalerpul tu?fixie eh?yelah kot sebab guwa bukan trendy punya adik-adik


ye abang-abang,kebanyakkan kami dah baligh tapi mumayiz tu belom lagi,abang abang tahu kan apa tu mumayiz?jangan tipu lah tak tahu,abang-abang kan makan garam dulu dari kami adik-adik,kebanyakkan golongan adik-adik ni tak mampu tu nak melepak je tahu,tapi adik-adik macam guwa ni reti cari duit sendiri dah.tapi golongan abang-abang tu lagi teruk,tak melepak pavi tapi duduk dalam club terkinja-kinja tahu ?


untuk golongan kakak-kakak kebanyakkan adik-adik perempuan ni tak tutup aurat sebab terikut dengan fesyen yang golongan kakak-kakak ni tunjuk lah kan?tapi cakap abang-abang betul jugak,jangan percaya cakap golongan lelaki ni kan abang abang?hihi


lastly abang-abang,biarlah depa nak tengok cerita korea 24jam sehari asal jangan jadi macam abang-abang punya golongan yang tengok cerita satu kaler tiap-tiap hari,saya pon dah jenuh nak nasihat abang-abang ni,konon makan garam dulu dari kami,tu lah bengap,kami kecik-kecik minum susu,golongan abang-abang makan garam,kan bengap namanya tu ?






notakaki:entry ni guwa membalas apa yang diucapkan oleh blogger pervert ni,HAHAHA



Like kalau anda suka!

Wednesday, November 23

buang anak tu bagus kan?


jap,bukan buang anak macam ni yang guwa maksudkan bagus,buang anak macam ni tolol namanya.buang anak yang guwa maksudkan bagus ialah yang macam ni



guwa rasa ada dah dua tiga umat manusia carutkan guwa sebab cakap buang anak ni bagus,eh relaks dulu,guwa tak habis lagi.entah lah guwa pon tak reti nak terangkan macam mana bagus nya buang anak ni,lu orang tengok lah akidah umat Islam kat Malaysia ni yang makin lama makin teruk nak nak perangai remaja.eh kejap,guwa baru 16 tahun that means guwa remaja lagi.hihi

kes buang anak ni kebanyakkan nye melayu lah,oh ya melayu kita.entah lah apa nak jadi dengan melayu,eh dah lah sebut pasal melayu,guwa dah muak dengan semua ni,kang cakap guwa kondem bahasa sendiri.

oh ya cakap pasal buang anak ni,yang bagus nya apa tahu,pernah tak dengar orang cakap 'kalau perangai kita teruk,perangai anak kita sepuluh kali lebih teruk' so lu orang pikir kalau anak kecil yang tak dibuang tu hidup,apa jadi?perangai mereka mesti sepuluh kali lebih teruk dari mak bapak diaorang kan?So apa akan jadi dengan akidah umat Islam kat Malaysia ni?

eh jangan hentam guwa,yang guwa maksudkan sebahagian mungkin akan jadi macam tu,tapi kalau anak kecil tu hidup dan diberikan didikan agama yang cukup mereka mungkin jadi imam muda ke mana tahu, tak pon jadi blogger tuff ke,tapi yang blogger lucah,blogger pervert macam ni yang kita patut buang dalam tong sampah,hikhik

so fikir balik betul tak guwa cakap?kan bagus buang anak?So apa lagi,meh kita buang anak semua,tapi bukan lagi bagus ke kalau tak buat seks luar nikah tu?err mana bagus eh?ke buat seks pakai kondom or suruh perempuan tu ambik pil nanti tak mengandung lepas tu tak susah buang anak kan?eh konfius guwa nak buat mana satu,demm demm!


sedangkan kera sayangkan anak,lu manusia sayang apa?!



notakaki:shit!guwa berbaur serious pulak kali ni -.-




Like kalau anda suka!

Friday, November 11

melayu kita.3gp [12SX]

gambar ihsan google bukan koleksi guwa sumpah


oh ya relax ni bukan entry lucah,sumpah guwa tak tipu.guwa cuma nak bagi tahu guwa busy sekarang cari duit,yelah guwa cari duit lebih semua sebab lu orang tanak kasi guwa duit,kasi klik itu nuffnang lah,haha guwa sekarang buat part time kat restoran melayu, ye guwa ulang melayu bukan mamak,tapi pekerja orang siam, cakap apa dengan guwa pon guwa tak paham mat siam tuh.tapi guwa tak kesah pon sebab makanan dia sedap.kah kah kah


kengkadang guwa pelik dengan melayu ni, time maghrib mesti banyak orang datang lepak kat restoran guwa kerja tu apasal eh?guwa nak sembahyang pon susah sebab order banyak.bukan ke time maghrib kene duduk rumah?buat apa lepak kat kedai?kenapa tak pergi surau?ok lantak lah yang untung bos guwa,nanti guwa dapat gaji lebih.


tapi pernah sekali guwa jalan ada sorang pakcik tuh panggil guwa siap bawak anak lagi, dia cakap 'bang kira bang' guwa rasa macam shilake, guwa dipanggil abang?muka sikit punya babyface dia panggil abang

guwa banyak nak cerita pasal orang melayu ni,bukan guwa nak kutuk bangsa sendiri tapi hakikat guwa check i.c guwa pon melayu,guwa pon berpegang dengan kata-kata Hang Tuah TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA' tapi guwa berpegang jugak dengan kata DR.M 'melayu mudah lupa'  hihi

ni DR.M cakap 





Like kalau anda suka!

Friday, September 23

budak sekolah rendah budak sekolah menengah

hai,hikhik apa khabar semua?<---- intro macam celaka,arghh






ok gua straight to the point lah, gua susah ngatt nak update blog ni lately sebab internet konektion gua macam haram,sumpah gua tak tahu kenapa celcom broadband macam sampah,ada tak tokey celcom baca blog gua ni?kalau ada mengaku eh gua nak sumpah lu jadi sampah, HAR HAR HAR


actually gua nak cerita pasal bebudak sekolah ni, sebab gua pon budak sekolah lagi, hikhik gua hari tu tengah sesedap tengok porn drama melayu tetibe je gua nampak satu bag banyak buku dalam bag tu, gua try tengok bag tu, tertera nama adik gua, adik gua tu baru darjah satu tapi beg dia demm gila padat tak caya tengok ni, 



serious shit *bak kata orang putih gua tak tipu, ni memang bag adik gua darjah satu gua sendiri tak tahu apasal berat sangat, nak kata adik aku tak buat jadual, gua rasa mak gua sangat caring dengan adik bongsu gua ni,so malangnya jadi budak sekolah rendah zaman sekarang ni,haha

lepas tu gua tergerak hati nak tengok bag sekolah gua, demm macam tak sangka, gua budak science stream tapi bag cegampang tengok nih

lagi rasa nak cakap serious shitt sebab takde buku langsung, gua rasa amat berjaya menjadi seorang pelajar yang berjaya begini, hihi hebat nya gua sebab bawak bag sekolah yang macam ni lah hari tu gua punya result addmath 6% je, terer tak gua?tapi pape pon gua nak jadi pakar bedah kot sebab nikmat yang amat bila gua bedah katak hari tu, macam best je main potong-potong ni.




tak lupa gua nak cakap dekat menteri pelajaran kita bik mama Muhyiddin Yassin tu, kalau nanti adik gua jadi bongkok ang lah orang pertama aku cari, puii








notakaki:biar pon bag gua banyak tu je isi, gua tetap manusia



Like kalau anda suka!

Friday, August 26

niat lelaki


korang semua jangan kencing gua lah
kalau lelaki yang sibuk bercinta bawah umur 23 tahun niat diorang hanya satu, macam gambar kat bawah ni

betol kan kan ?
jangan nak tipu gua lah, gua pernah pergi kursus motivasi cakap semua laki bawah 23 tahun tak kenal erti tanggungjawab, dalam kepala dorang nak yg atas tu jela :D
tapi maybe segelintir jela yang baik macam gua ni, gua tak pernah buat kerja macam tu, berdosa tahu, jadi sempena di hujung Ramadhan ni bebanyak lah memohon keampunan kalau korang semua pernah buat benda tak senonoh macam kat atas tu.dengar lah cakap gua sebab dulu time kecik kecik gua belajar kat PASTI.jadi dengarlah cakap gua ok?jangan duk buat benda tak senonoh dengan girlfriend lu orang eh?jadi lah macam gua, gentleman, baik je. hehe
sekian,gua sudahi dengan Wabillahhitaufik walhidayah Assalamualakum Warahmatullah hiwabarakatuh :D




Like kalau anda suka!

Wednesday, August 17

renungkanlah :)


Mungkin ada yang pernah baca cerita ni tapi tak salah kalau aku ingatkan sekali lagi..

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun/AK 47...

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu !!!"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..
Macammana..
Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
Selain terhibur anda fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

Dia tak kata pun nak bunuh.. Dia gertak ja.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."



Like kalau anda suka!

Tuesday, August 9

puasa VS solat lima waktu






ok maaf atas lukisan buruk tuh XD
aku pon sebenarnya pelik, asal ramai sangat manusia rasa tinggal puasa tu terok?siap nak angkut pakai kete mayat bagai? padahal yang tinggal solat tu lagi lah,yela dalam rukun Islam, solat dahulu then baru puasa,so JAKIM tak nak ke angkut orang tak sembahyang tu pakai kete mayat pulak?




Like kalau anda suka!

Friday, August 5

terawikh

Assalamualaikum w.b.t
hikhik, sopan nya rasa bila tulis entry bagi salam, HAR HAR HAR <---- gelak gila seks

so ni first entry gua pasal puasa, gua tak nak jadi klise macam blog lain, mesti nak cerita pasal kantoi puasa, ponteng puasa, tertelan kepala paip time ambik wudhuk pastu macam-macam lagi lah,


ok gua nak buat pengakuan berani mati,sepanjang Ramadhan bulan ni, gua punya tarawikh tak pernah cukup 20, bukan nak cerita 20 je, lapan pon belom tentu cukup, paling banyak empat, tu pon tarawikh yang pertama sekali,tapi semua tu bukan salah gua, niat gua memang nak buat penoh tapi ada dua tiga bisikan syaitan yang terlepas dari kene ikat duk ajak gua main mercun,antar hasutan yang berbunyi'woi!jom kita pergi bom rumah India kat corner lot tu, lepas tu kita bom pulak cina bela anjing tu'  nampak tak?manusia mana yang yang mampu menolak hasutan macam tu?so gua terpaksa lah menyelinap keluar dari masjid semata-mata sebab nak pergi berperang XD


ok gua tak nak cerita pasal mercun lagi sebab gua masih tak dapat jadi pusher lagi, dua tiga tahun lepas, gua lah tokey mercun tapi tahun ni stok takde T.T
so berbalik pada terawikh tadi,biar pon terawikh gua tak lengkap, solat Isyak gua tetap buat,sesungguhnya gua bukan lah jahil sangat, tapi satu je nak cakap,kepada pak cik-pak cik, tok imam,pak haji kalau sembahyang tu boleh pakai seluar dalam tak?bukan apa, gua tak minat lah tengok uncle-uncle semua punya kain pelikat tersedut ke bontot macam ni 
jadi minta jasa baik anda semua tolong pakai seluar dalam, gua sangat sakit mata tengok ni semua,rasa nak tarik je >.<




notakaki:moreh masjid mana eh paling sedap? (",)







Like kalau anda suka!

Tuesday, July 26

bila menasihati si jahil

Credit:KAKIFACEBOOK.COM
ok, selalu tengok situasi macam ni kan?dulu gua pon pernah tegur orang,tapi maybe cara gua salah, kesian orang tu, dah butthurt dengan teguran gua, HAHA
apa salah gua tak tahu,dia cakap gua ni bukan baik sangat nak tegur orang tapi gua tegur sebagai seorang muslim, bukan sebagai seorang ustaz berlulusan Universiti Al-Azhar nuh


err, actually kalau nak tegur someone tuh kene ada title ustaz ke kat depan tu?kalau gitu rosak lah umat Islam gua rasa, eh gua pernah tengok cerita AYAT AYAT CINTA ye memang gua benci indon tapi heroin tu lawa nak buat macam mana, dah tu bertudung pulak, tapi takde lah tudung belit belit tekak sampai tercekik macam orang zaman sekarang, bertudung litup lepas tu tak tunjuk bengkak kat dada tuh.Dalam cerita tu ada tunjuk seorang banduan bagi ceramah dekat sorang lagi banduan yang jugak student Universiti Al-Azhar, dan student tu terima elok je, takde nak butthurt ke apa


ok, ni pengalaman aku tegur orang,hari tu time tengah duduk dekat bustop sebab hujan ada satu kumpulan perempuan ni duduk berteduh sekali, aku tak kenal pon dorang sape, biasalah hotsetap, tapi hampir semua bertudung, ada lah sorang dua tak bertudung dah tu rambut berwarna lain dari melayu yang lain,kaler perang kot, ntah lah, nampak macam uban pon ada gaya, so time tu member aku sorang tegur, yelah member aku tu mat rempit, well mat rempit tegur sape nak dengar kan?tapi member gua tu Muslim so tak salah lah tegur Muslim yang lain kan kan?


yelah, dah member aku tu takde kelulusan dari Universiti Al-Azhar, tak nak lah budak perempuan tuh dengar, malah dia sound balik member aku tu 'diam lah kau kalau tak tahu stail!' aku pulak jadi terase lepas tu bila dia cakap gitu, lepas tu aku kias lah sikit kat budak perempuan tu 'biarlah dia, maybe dia punya rambut terkena air karat,tak pon kuah kari mamak yedak?' so aku tahu kalau manusia jenis tu tegur cara biasa tak jalan, kita kias lah yedak?


tapi aku akui, aku tak cukup baik nak tegur sebagai seorang Mukmin, tapi sebagai seorang Muslim tu boleh lah,ye aku akui amalan kat dada masih tak cukup, tapi aku cuma menegur sebagai seorang yang sakit mata melihat ketidakindahan dunia di hadapan mata, yelah, korang semua suka ke tengok muka melayu tapi rambut kaler lain, perang lah, coklat lah, kalau semulajadi takpe jugak, ni sengaja pergi dye,haish macam asli ada gaya


tapi aku tahu one day semua manusia berubah tu pon kalau Allah tak panggil lagi mengadap dia contohnya



haaa, so semua boleh berubah, so yang aku tegur tu harap harap berubah, sorry kalau cakap teguran aku kasar, kalau terguran aku kasar tu, tegur lah aku balik ok?
jadi aku rasa aku tegur takde lah maki hamun apa, maybe kalau terasa tu nasib lah, HAHA




notakaki:jadi saya hadiri dengan wabilahitaufik walhidayah assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh :D









LOL.uMAD ?








Like kalau anda suka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...