Showing posts with label pose. Show all posts
Showing posts with label pose. Show all posts

Thursday, August 18

tutorial main meriam

sempena Ramadham yang mulia ni gua pon nak buat benda baik lah, gua nak kongsi ilmu ni, haaa kongsi ilmu ni perkara baik, gua nak ajar lu orang main meriam, alaa gua tahu ada readers gua ni tahu main game online je, gua langsung tak permah main game online, sumpah cakap tak reti.so back to topic, gua nak buat tuto tentang main meriam tin atau ada orang panggil meriam tanah, hehe, meriam ni tak berbahaya kot sebab gua main dengan kawan-kawan gua takde lagi yang mati mahu pon putus jari.
so bahan-bahan yang perlu ada ialah
-kabaid
-tin biskut
-kayu panjang
-air
-surat khabar*optional




1.tebuk sedikit di bahagian atas tin macam ni

2.sediakan kabaid di dalam bekas kecik,alaa bekas letak je kabaid pastu taruk air nanti kabaid tu berbuih,tapi jangan pegang sebab panas-.-
\
3.langkah seterusnya tutup kabaid tu dengan tin yang berlubang tadi,tapi mintak jasa baik rakan   anda semua untuk menutup bekas tersebut bagi memastikan gas daripada kabaid tu tak terkeluar.


4.kemudian ambik surat khabar tadi then gulung gulung kat hujung kayu panjang tu pastu nyalakan api,lepas tu suruh kawan yang tutup lubang tu lari kalau tak meletup nanti kene dia



5.kemudian kalau anda masih hidup, anda akan dapat hasil yang begini
ok senang kan?tapi kalau lu orang kudung mana mana bahagian jangan salahkan gua, main atas risiko sendiri, gua main tak jadi apa lagi, gua rasa main meriam ni lagi feel, nak nak main then perang dengan geng lain, ni setakat duduk depan komputer,tembak-tembak orang, macam takde life je gua tengok.



notakaki:play it at your own risk




Like kalau anda suka!

Wednesday, August 17

renungkanlah :)


Mungkin ada yang pernah baca cerita ni tapi tak salah kalau aku ingatkan sekali lagi..

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun/AK 47...

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu !!!"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..
Macammana..
Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
Selain terhibur anda fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

Dia tak kata pun nak bunuh.. Dia gertak ja.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."



Like kalau anda suka!

Monday, August 15

i'm gay and i'm okay(21SX)

cehh, apa jadah tengah tengah bulan Ramadhan yang mulia ni gua tetibe jadi gay?faking betol
ok gua baru balik dari bazar tadi, gua beli ayam tempayan, paham betol betol, ayam tempayan,bukan ayam SATU tempayan ok?alaa ayam tempayan ni lebih kurang macam ayam golek je, ok kita tanya encik google jap





ok tak terliur pon, gua pelik jugak, mana idea nak masak dalam tempayan macam ni eak?asal tak guna baldi ke tong dram ke, mana tahu lagi sedap rasa dia


jap,gua dah terlebih merepek ni, aaa faking betol apa kaitan tajuk dengan ayam tempayan ni?faking betol, gua nak cakap satu je, tadi gua balik dari bazar tu bukak FACEBOOBS BOOK tengok ada satu friend request, satu je ok, paham satu?gua tak hotsetap, ok sebelum pergi lagi jauh, lu tengok sikit sape add gua


ok tengok tuh!zackzukhairi add gua, HAR HAR HAR<------(gelak batak)
gua taip ni sambil gua rasa gua faking gay, baru zack yang add, belom fatin liyana lagi,ahhh gua tak peduli,gua masih batak lagi.



notakaki:gay means happy :p





Like kalau anda suka!

Saturday, August 13

rutin puase

5.00 A.M - 7.00A.M
-bersahur

-mengaji dan sembahyang subuh
-berjoging then pergi sekolah


2.30P.M - 4.00P.M
-balik sekolah
-mandi
-sembahyang zohor, mengaji
-main badminton dekat dewan takberguna serbaguna


4.00P.M - 6.30P.M
-balik rumah
-sembahyang asar pulak lepas tu zikir
-main bola padang sembilan sebelah
-tolong mak masak


6.30P.M - 8.30P.M
-mandi
-bukak puase(makan kurma dengan segelas air je)
-mengaji,berzikir,berzanji
-pergi masjid awal, sebab nak duduk belakang imam


8.30PM  - 11.30P.M
-sembahyang terawikh(buat 20 rakaat)
-makan moreh sikit je sebab nak mengaji pulak lepas tu
-balik rumah bukak tv Al-Hijrah dengar ceramah, lepas tu tengok astro Oasis pulak
-lepas tu tido.then bangun sahur semula






notakaki:siapa percaya aku belanja kepsi




Like kalau anda suka!

Tuesday, August 9

puasa VS solat lima waktu






ok maaf atas lukisan buruk tuh XD
aku pon sebenarnya pelik, asal ramai sangat manusia rasa tinggal puasa tu terok?siap nak angkut pakai kete mayat bagai? padahal yang tinggal solat tu lagi lah,yela dalam rukun Islam, solat dahulu then baru puasa,so JAKIM tak nak ke angkut orang tak sembahyang tu pakai kete mayat pulak?




Like kalau anda suka!

Monday, August 8

sahur

selepas terawikh gua pasti akan main mercun walaupon hakikat gua main mercun time terawikh, so lepas tu gua balik gua tido lah,lepas gua tido gua bangun lah kan kan?ok gua nak cerita pasal sahur, semua orang mesti pernah sahur kan bagi yang Muslim, bagi yang bukan gua tak tahu lah lu orang sahur ke tak, gua tak peduli pon, HAHA


bagi remaja normal macam gua yang berumur enam belas tahu, bangun pagi merupakan sesuatu pekerjaan yang sukar, gua rela angkat batu bata dari bangun pagi serious gua cakap.pagi bagi gua yang normal adalah pukul 12 tengah hari dan ke atas,


so mak gua akan kejut gua, tapi gua mesti ambik masa lama sebab gua ada masalah lelaki, hehe


 yelah, gua tido pakai boxer je, so mesti sejuk, dah tu kalau lelaki ni time sejuk ni bahaya,kalau sejuk sangat 'adik' lelaki ni akan naik*paham lah sendiri adik apa kalau tak paham jap gua lukis 'adik' 






so nak menjadi lelaki ni sangat susah dan seksa,so pengkid kat luar sana, hang pa pikir balik kalau nak jadi lelaki tuh,








notakaki:entry gua tak lucah,suci je



Like kalau anda suka!

Friday, August 5

terawikh

Assalamualaikum w.b.t
hikhik, sopan nya rasa bila tulis entry bagi salam, HAR HAR HAR <---- gelak gila seks

so ni first entry gua pasal puasa, gua tak nak jadi klise macam blog lain, mesti nak cerita pasal kantoi puasa, ponteng puasa, tertelan kepala paip time ambik wudhuk pastu macam-macam lagi lah,


ok gua nak buat pengakuan berani mati,sepanjang Ramadhan bulan ni, gua punya tarawikh tak pernah cukup 20, bukan nak cerita 20 je, lapan pon belom tentu cukup, paling banyak empat, tu pon tarawikh yang pertama sekali,tapi semua tu bukan salah gua, niat gua memang nak buat penoh tapi ada dua tiga bisikan syaitan yang terlepas dari kene ikat duk ajak gua main mercun,antar hasutan yang berbunyi'woi!jom kita pergi bom rumah India kat corner lot tu, lepas tu kita bom pulak cina bela anjing tu'  nampak tak?manusia mana yang yang mampu menolak hasutan macam tu?so gua terpaksa lah menyelinap keluar dari masjid semata-mata sebab nak pergi berperang XD


ok gua tak nak cerita pasal mercun lagi sebab gua masih tak dapat jadi pusher lagi, dua tiga tahun lepas, gua lah tokey mercun tapi tahun ni stok takde T.T
so berbalik pada terawikh tadi,biar pon terawikh gua tak lengkap, solat Isyak gua tetap buat,sesungguhnya gua bukan lah jahil sangat, tapi satu je nak cakap,kepada pak cik-pak cik, tok imam,pak haji kalau sembahyang tu boleh pakai seluar dalam tak?bukan apa, gua tak minat lah tengok uncle-uncle semua punya kain pelikat tersedut ke bontot macam ni 
jadi minta jasa baik anda semua tolong pakai seluar dalam, gua sangat sakit mata tengok ni semua,rasa nak tarik je >.<




notakaki:moreh masjid mana eh paling sedap? (",)







Like kalau anda suka!

Monday, August 1

gua benci moto

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh bagi yang Muslim dan selamat berpuasa
tengok tuh, gua punya intro dah gaya imam muda cuma tajuk entry agak racist sikit,so mat rempit,samseng jalanan,kutu rayau,kaki raya, mat motor,lu orang tolong jangan cop gua racist ke, perkauman ke apa sebab gua bukan benci lu orang tapi gua benci motor*tapi hakikat gua tak suka mana dengan mat rempit ni

sebenarnya bukan apa,gua kalau bagi pilihan gua nak bawak kete dari motor ni sebab lagi macho dan bergaya, HAR HAR HAR<-----gelak si gila seks
betol kan betol?lepas tu cuba bayang kalau tengah malam bawak motor then tayar pancit?tak ke rasa diri tu macam tak berguna je nak nak kalau tengah highway?

gua pon dah ada pengalaman paling pahit,waktu first day puasa pulak tu, time pukul tiga lebih,gua kene tolak motor tengah panas kes tayar bocor, pehh nasib baik iman gua setebal kamus dewan,kalau tak gua dah teguk minyak petrol dah kalau gitu tahu,punya leh perit dugaan yang tuhan bagi,tapi gua tahu, tuhan bagi dugaan dekat hamba dia yang dia sayang je,hehe

lagi satu kalau hantar motor pergi workshop aku lagi minat hantar kedai cina dari melayu*demm racist lagi sekali -,- bukan sebab apa, gua segan nak masok kedai melayu, sebab apa, sebab kebanyakkan bengkel orang melayu ni dia buat jadi tempat lepak, bukan nak baiki motor, dah tu yang lepak nye mat rempit pulak tu, dah tu mat rempit tu melayu pulak tu,haish

tapi kalau hantar kedai cina pulak, dorang ni kaki lipat, grr
gua selalu kene kalau tukar tiub 'haaaa ini guna tiub import punya so RM12 lah, habis murah dah tu, itu tiub murah sudah habis' hati gua seraya mencarut fakyu, so kalau melayu dia ambik RM10 je,tapi banyak pulak mat rempit yang melepak, so gua tak minat lah, jadi kesimpulan nya gua minat bawak kete




terlupa ekor -,-



notakaki:gua start belajar bawak motor darjah enam, tu pon terjenjet (",)



Like kalau anda suka!

Sunday, July 31

Ramadhan



akhirnya Syaaban meninggalkan kita kini Ramadhan menjelang, jadi gua dengan sisa nafas yang ada ni nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslim yang baca blog gua ni.

tak lupa juga kepada kiko kalau lu muslim gua harap lu puasa penoh, tapi satu nak cakap, biar pon bulan puase ni semua setan kene ikat, jangan risau, gua selamat, Insyaallah gua akan try update selalu blog gua yang tak laku ni, nanti ada masa gua nak cerita pasal pengalaman pertama puase gua, apa lu ingat gua baru enam belas tahun takde pengalaman puase ke? shilake -,-



Like kalau anda suka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...