Sunday, July 10

misteri winston

kenapa winston?ok kisah ni takde kaitan dengan rokok winston,misteri winston lagi sedap dari misteri nusantara kan?well rokok winston kan lagi mahal dari nusantara, HAHA


*********************************************************************************

ok, di pagi yang hening ni, jam di komputer aku menunjukkan pukul 12.40 pagi,aku rasa nak update pasal hantu la, HAHA
bukan pasal apa,tadi kan ada jomheboh kat kuantan, k aku tak pergi sangat sebab tak minat, aku lepak lah dekat bandar Kuantan yang bermotokan 'KUANTAN SENTIASA DI HADAPAN'
ok dah melalut, aku bila pagi-pagi ni sumbat tahap anjing lah, HAHA
tadi aku keluar naik motor tapi biasalah, budak bawah umur,lesen takde,ehemm aku bukan mat rempit,hanya menggunakan motor sebagai kenderaan je.
kan dah lewat malam,so aku dengan gayboys aku yang lain terfikir lah nak guna jalan jauh sikit,well jalan tu jalan kampung,so takde polis mahupon JPJ iaitu musuh ketat aku selama ni =.=
then nak cakap lah yang jalan ni aku dah familiar sebab dekat dengan kawasan rumah aku, then dengar cerita penduduk situ selalu terserempak dengan pocong =.=
ok,some of my friends dah cuak bila aku cerita, tapi bukan nak tipu, tu kisah benar lahhh
kayh, bukan tu aku nak cerita,aku nak cerita kisah aku yang selalu time tidor asyik kena tindih,
DAMN!
kalau perempuan tindih boleh tahan jugak, ni tah sape sape aku tak tahu,
seriously,aku dah lah tido sorang then tinggi pulak tu, maklumlah, katil dua tingkat
bila time kena tindih tu,memang mulut takleh bunyi langsung,so time tu jangan duk sibuk nak jerit nama mak bapak koranglah, memang tak dapat keluar suara pon,kalau peluh jangan cerita lah, memang mandi tapi tak panas pon then kaki tangan anggota badan lain langsung tak gerak so memang tawakkal dalam hati je sebab tu yang aku selalu buat,
tapi yang tak leh belah nye,pernah sekali tu aku tidor,time tu aku tersedar sebab menatang tu tindih aku,tapi yang paling taik nye,aku nampak ada benda hitam besar tengah duduk atas almari bilik, DAMN!dah lah tak leh gerak, aku pasrah je pada yang Maha Esa time tu, nasib baik selamat,
so try tanye puan emak,ni semua sebab aku sebelum tidor dengar lagu hardcore,metal apa semua tu, k maafkan saya BMTH,suicide silence dan yang seangkatan dengannya sebab tak dapat dengar korang sebelum tidor,HAHAXD
then pernah sekali aku sakat adik aku yang kecik sekali tu,well, rumah aku ni style kampung sikit, keliling ada pokok je, biasalah, tanah pusaka plus rumah pusaka plus dusun pusaka complete satu set pusaka tok aku bagi kat bapak aku,lupa nak cakap,penyakit pusaka pon turut dapat, HAHAXD
time tu aku dalam usia 14tahun kot,aku bukak tingkap,time pukul 10malam kalau tak silap, aku pergi mengilai kat tingkap tu,konon nak takutkan adik aku,last last aku yang kene,aku nampak ada satu lembaga putih tengah jalan membongkok bawah pokok,aku apa lagi, cepat cepat aku pergi lari duk tepi mak aku sambil mengigil,
GAMPANG betol,hilang kejantanan aku -,-
well, aku tak tahu kenapa asyik aku yang kena sakat, tapi sekarang aku rasa aku tak takot dengan benda ni semua dah,tapi aku tetap yakin bukan hanya manusia yang mendiami muka bumi Allah ini,tetap ada makhluk lain,
dulu mak aku pernah cerita,time nenek aku sakit,dia terlantar dekat rumah yang aku diami sekarang ni,err i means rumah pusaka yang dia waris kat bapak aku lah ni
ada seorang kerabat keluarga aku nampak ada satu benda hitam duduk dekat hujung kepala nenek aku,
then dia pergi tanya,
"mak dh buang ke benda tu?"
nenek aku pon jawab lah "dah"
well,aku tak tahu lah dia buang ke tak,
tapi yang aku tahu, time aku update ni dah dekat empat pagi dan setiap sepuluh saat aku akan menoleh kebelakang dan kebawah meja komputer aku =.=
seriously,memang bunyi kisah ni klise,tapi tulah hakikatnya,
JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI




Like kalau anda suka!

11 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

aku baca 4.50 pagi! bengong betul. naik bulu roma aku!

Norazlin Nordin said...

perhh~dasat laa~tape bro..igt tuhan ad di sisi kita~

budaksetan said...

@SMS:padan muka kau,HAHA
@NN:hikhik,dah biasa dengan menda gini

cipUtchiaPp said...

adik d0k kuantan kat mane..?

budaksetan said...

indrapura tahu?

cipUtchiaPp said...

h0h..xsure lah pulak..hahahaha
nnti blk kuantan akak kaji blk..hahaha

budaksetan said...

haish, dekat dengan batu 5 jee

cipUtchiaPp said...

hehh...akak d0 ump..xtau la pulak ade tmpt name batu 5..haha..dekat ngan tunas manja tu batu 5 ke..??

budaksetan said...

bukan lah,dekat dengan terus maju lah

cipUtchiaPp said...

o0oo..ok2..
tau dah..klu terus maju tu akak tau la..haha

budaksetan said...

indrapura dekat dengan kipsas, haaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...