Tuesday, June 5

Ini Kisah Sedih

Oh Assalamualaikum, ye aku lama tak update pasal aku nak SPM,tu je nak cakap,aku malas nak bahasakan diri guwa pasal ini post sedih,dan pon serious,ye sejak aku kat dunia ni macam-macam orang aku jumpa,nak nak bila aku join dunia blog ni lagi macam macam ragam manusia aku tahu,dan sejak aku kenal Ayeem aku ada baca dia punya post pasal blogger-blogger hat  cun. 


permulaan dia aku nak cari awek,biasalah darah muda,then ayeem ni suruh usha senarai senarai blogger hat dia post,aku usha jelah,then aku cakap semua tua,tapi ayeem cakap ada hat muda,hat sebaya dengan aku, baru lah aku realize yang aku nampak seorang gadis manis berdarah kacukan Inggeris-Melayu ni ada dekat list ayeem,ye sekali aku tengok dia aku jatuh hati,serious dia nampak manis bertudung,sopan je.memang aku jatuh cinta pandang pertama dekat dia.tapi aku setakat suka tengok muka dia jelah,manis je nampak,kalau nak buat girlfriend memang tak mampu,tak padan and dia jauh tu kat Langkawi,aku setakat Kuantan ni jelah


then aku start first move,aku add dia kat facebook,tapi dia nampak jarang on,jadi aku tak mampu buat apa-apa,then bila aku dah start main twitter,aku tahu dia active twitter,nama samaran dia kat internet ni Yasmin Hunwick atau nama sebenar dia Yasmin Johan Eusoffe .ye kalau siapa active twitter mungkin dah kenal beliau.nama dia trending dah kat twitter.tapi bukan pasal dia cun,bukan pasal dia kacukan atau dia tweetfamous,tapi sebab dia dah kembali ke Rahmatullah.ye dia meninggal kemalangan.ada orang cakap dia accident kene langgar lari.


aku buat post ni bukan apa,dulu dia pernah cakap update lah blog,blog aku best lah apa la kan,tapi aku cakap tak nak,aku busy lah apa lah,then 4.6.2012 aku dapat tahu dia meninggal.dalam pukul 1.30 pagi.serious aku terkejut,dalam solat aku menangis teringat ke dia,aku sedih tak tahu nak cakap apa.dia memang cantik seriously 






ye tgk mata dah tahu dia cantik kan?aku tanak letak link blog dia pasal aku tanak dia tanggung dosa sebab maybe ada gambar dia tak tutup aurat ke,apa ke,hmm dan aku harap sesiape yang tahu nak hack hack bagai ni,mohon inbox aku.cari aku kat twitter @LE_AKMAL atau facebook Akmal Hidayat.aku kesian dekat dia,tragik dia meninggal :'( dan ada jugak nokhorom mana yang duk cakap kat twitter dia lifeless sebab mati pakai braces?jadah apa itu semua kan? Al-Fatihah buat arwah Yasmin Johan Eusoffe :'(








p/s:mien aku harap hang bahagia kat sana,nanti kita mungkin boleh jumpa,tak dapat jumpa kat dunia,kat sana kita jumpa :')



Like kalau anda suka!

2 comments:

wawa zulkefli said...

saya ade baca , sgt sedeh :))) cantek sangat arwah :) al fatihah.

Unknown said...

da lama x aktif blogging so sape2 blogger pun aku x kenal.. aku dapat tahu dia ninggal drpd kenalan aku.. alfatihah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...