Tuesday, July 26

bila menasihati si jahil

Credit:KAKIFACEBOOK.COM
ok, selalu tengok situasi macam ni kan?dulu gua pon pernah tegur orang,tapi maybe cara gua salah, kesian orang tu, dah butthurt dengan teguran gua, HAHA
apa salah gua tak tahu,dia cakap gua ni bukan baik sangat nak tegur orang tapi gua tegur sebagai seorang muslim, bukan sebagai seorang ustaz berlulusan Universiti Al-Azhar nuh


err, actually kalau nak tegur someone tuh kene ada title ustaz ke kat depan tu?kalau gitu rosak lah umat Islam gua rasa, eh gua pernah tengok cerita AYAT AYAT CINTA ye memang gua benci indon tapi heroin tu lawa nak buat macam mana, dah tu bertudung pulak, tapi takde lah tudung belit belit tekak sampai tercekik macam orang zaman sekarang, bertudung litup lepas tu tak tunjuk bengkak kat dada tuh.Dalam cerita tu ada tunjuk seorang banduan bagi ceramah dekat sorang lagi banduan yang jugak student Universiti Al-Azhar, dan student tu terima elok je, takde nak butthurt ke apa


ok, ni pengalaman aku tegur orang,hari tu time tengah duduk dekat bustop sebab hujan ada satu kumpulan perempuan ni duduk berteduh sekali, aku tak kenal pon dorang sape, biasalah hotsetap, tapi hampir semua bertudung, ada lah sorang dua tak bertudung dah tu rambut berwarna lain dari melayu yang lain,kaler perang kot, ntah lah, nampak macam uban pon ada gaya, so time tu member aku sorang tegur, yelah member aku tu mat rempit, well mat rempit tegur sape nak dengar kan?tapi member gua tu Muslim so tak salah lah tegur Muslim yang lain kan kan?


yelah, dah member aku tu takde kelulusan dari Universiti Al-Azhar, tak nak lah budak perempuan tuh dengar, malah dia sound balik member aku tu 'diam lah kau kalau tak tahu stail!' aku pulak jadi terase lepas tu bila dia cakap gitu, lepas tu aku kias lah sikit kat budak perempuan tu 'biarlah dia, maybe dia punya rambut terkena air karat,tak pon kuah kari mamak yedak?' so aku tahu kalau manusia jenis tu tegur cara biasa tak jalan, kita kias lah yedak?


tapi aku akui, aku tak cukup baik nak tegur sebagai seorang Mukmin, tapi sebagai seorang Muslim tu boleh lah,ye aku akui amalan kat dada masih tak cukup, tapi aku cuma menegur sebagai seorang yang sakit mata melihat ketidakindahan dunia di hadapan mata, yelah, korang semua suka ke tengok muka melayu tapi rambut kaler lain, perang lah, coklat lah, kalau semulajadi takpe jugak, ni sengaja pergi dye,haish macam asli ada gaya


tapi aku tahu one day semua manusia berubah tu pon kalau Allah tak panggil lagi mengadap dia contohnya



haaa, so semua boleh berubah, so yang aku tegur tu harap harap berubah, sorry kalau cakap teguran aku kasar, kalau terguran aku kasar tu, tegur lah aku balik ok?
jadi aku rasa aku tegur takde lah maki hamun apa, maybe kalau terasa tu nasib lah, HAHA




notakaki:jadi saya hadiri dengan wabilahitaufik walhidayah assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh :D









LOL.uMAD ?








Like kalau anda suka!

2 comments:

Mawar Berduri said...

menasihat itu tidak salah. tapi yang salah adalah orang yang tidak mahu mendengar nasihat untuk kebaikan diri sendiri.

budaksetan said...

hikhik, mama mawar komen, HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...